Oct 26, 2009

SBE di Pos Poi

Assalamu'alaikum.

Kehidupan sebagai bakal seorang guru nampaknya memberi kekangan untuk saya mengisi blog ini setiap waktu. Walau ada masa patut diperuntukkan untuk berkongsi, saya masih belum dapat waktu yang benar-benar okey. Erm..langsung, masih di 'mukebuku' untuk berkongsi segalanya.

Sibuk, itulah yang boleh saya katakan :P

Anda bayangkan, dalam bulan Oktober ini sahaja, saya bagai tak punya masa nak baca apa-apa. Habis SBE (school based experience), kami pergi berkhemah pula. Ini ada baki seminggu pun khas untuk minggu koku.

Aduh..


Jadi? Heh, nak atau tidak..memang kena terima hakikat yang diploma perguruan (3 tahun) ini telah di'kompres'kan kepada setahun. Mau atau tak, kena hadapi semuanya hingga tamat.

::SBE di Pos Poi::

Kami dihantar seramai 65 orang untuk mengambil pengalaman di sekolah-sekolah orang asli. Alamak, macam mana lah nanti untuk 2 minggu tu agaknya.

[Perasaan yang sangat bercampur-aduk]


Di sisi hati, walau saya nampak excited tapi masih bimbang. Apatah lagi, kita banyak dengar cerita dari orang lain tentang komuniti orang asli ni. Tengok sendiri pun sekali je, waktu ziarah ke sekolah orang asli di SK Chenein.

Erm..apa-apa pun, saya telah sediakan mental yang bersedia. Saya mahu belajar dan berkongsi..itulah bekal saya.

::Pengalaman 2 minggu di SK Pos Poi::

Perjalanan agak mencabar untuk ke kawasan pedalaman sana. Kata cikgu Tamizi (pk 1),

"nasib baik ada jalan tar ni (walau berlubang sini-sana). Takdelah susah mana nak membelah ke dalam perut hutan ni. Cepat sikit kita sampai"

"Ada ke cikgu yang pernah eksiden cikgu?"

"Eh, banyak sangat. Tengoklah jalannya. Berliku, dengan lubang-lubang. Kena pandai mengawal kenderaan, nak-nak yang naik motosikal"

"Ouh"..

--------------------------

Excited!!

Pengalaman ini takkan saya lupakan. Sangat teruja. Saya belajar banyak tentang hidup anak-anak orang asli. Dengan anjing yang berkeliaran umpama kucing dan pelbagai perkara yang berbeza, 2 minggu saya tempuh untuk niat belajar.

Jika anda dah berada di sekolah orang asli ni, anda pasti akan kata begini..

"takde apa pon beza dengan sekolah kat luar tu"

Memang pun. Pelajarnya saja yang lain (anak orang asli). Keperluan lain di sekolah sama je. Cikgu-cikgunya pun sama cemerlang macam cikgu-cikgu di tempat lain.

Tiap masa kosong saya cuba penuhi dengan aktiviti bersama anak-anak orang asli yang tinggal di asrama. Menyanyi, bermain dan sebagainya.

Di sekolah, saya dan rakan pelatih dikehendaki membuat tugasan untuk mempelajari dan mengambil maklumat tentang pelajar. Selain tu, kami juga membantu pihak sekolah dalam aktiviti seharian yang diadakan

Antaranya seperti, pertandingan mewarna, pertandingan bola baling (my peveret), membuat mural dan sebagainya.

(sambung)

No comments: